May 28, 2011

berita gembira... emm...untuk aku je... =)


salam.... aku gembira oke...
merujuk kepada entry aku yang INI yang baru di post tadi.. 
ade la kawan2 yang cakap aku sedang bersedeh... 
sebenarnye xsedih pon... dah lumrah alam kan....
kalau sedih pon aku tak kan ngaku (degil macam korang gak)...
ngeh3

ape yang penting, esok malam aku bertolak balek kampung~
weeee yuuuuuu......
so, ini adalah berita gembira untuk aku, bukan untuk korang ye... haha

sangat tak sabar mau pulang... 
aku siap packing barang2 dah...

rindu kat ma sangat2...
doakan semoga perjalanan kami selamat oke...
Insya'Allah...

 bye~

May 27, 2011

tiada lagi kamu


aku perlu teruskan hidup... 
aku perlu kuat...
tak akan mengalah lagi...
walau terasa kehilangan namun aku perlu tabah...
aku senang sendiri 
tanpa kamu lagi...

aku lepaskan kau bebas... 
buat pilihan hidupmu sendiri
tanpa aku...
aku tak mahu jadi penasihatmu lagi...
aku tak kuat untuk itu..

pertemuan kita mungkin sampai di sini saja..
aku redha... aku berserah pada yang Maha Esa...
sesungguhnya Kau lebih Mengetahui..
aku Redha... 


May 26, 2011

BEN ASHAARI AJAK SERBU BLOG BARU



klik banner ini untuk lebih faham~

syarat-syarat nya::
  1. letak header ben ashaari blog .
  2. Tajuk  : BEN ASHAARI AJAK SERBU BLOG BARU dan linkkan ke entri ini ..
  3. Siap ! Tinggalkan url di ruangan entri.. SINI


May 25, 2011

Insomnia

Definisi: menghadapi masalah untuk tidur pada waktu malam, tidak nyenyak atau sentiasa mengantuk walaupun dah tidur selama lapan jam. ini menyebabkan pesakit tidak mendapat tidur yang mencukupi atau tidur yang berkualiti...
>selain itu kamu juga sering terjaga terlalu awal 
>sering tersengguk di khalayak ramai 
>tidak dapat menumpukan perhatian ketika melakukan sesuatu perkara 


benda2 ni semua boleh menyebabkan kamu:
~mempunyai mata yang bengkak disebabkan kurang tidur 
~sukar menumpukan perhatian dalam perbincangan dan fikiran menerawang kepada perkara lain 
~sukar tidur, sering berjaga malam, atau terjaga terlalu awal
~sering merasa letih dan tertekan
~sering tertidur di khalayak ramai
~sering mendapat masalah kesihatan seperti kejang otot, sakit perut, pening dan lain2
~takut waktu tidur kerana risau susah tidur
~mudah tersinggung



macam pernah kene je masa sibuk dengan final exam hari tu...
tapi betul ke aku pernah kene serangan insomnia ??
betul la kot... paling aku menderita hari tu sebab xleh tido... bayangkan aku landing dari pukul 3 sampai 5 tapi tak tido2... sakit betul hati...haha
yang paling geram time aku terlelap, tapi xsampai sejam... lepas tu terus xleh tidur sampai la masuk dewan exam... habis exam baru dapat tido.. 
arghhh... ase cam nak mengamuk je...hahaha...tp bukan salah sape2... so xjadi la nak mengamuk... =P
mata memang bengkak la...lebam selebamnya bawah mata aku... haha

sekarang aku dah dapat menikmati tidur sepuas2 nya... maklum lah, tengah cuti sem katakan...haha...jangan jeles..=P



Contest: Do You Care Enough?

Ye... saya seorang yang sgt caring.... =P
So, hari ni nak join contest by Chybeelila... 


korang pon leh join tau... 
mane lah tau kot2 ade rezeki nak dapat t-shirt dari London, insya'Allah..hehe
kalau korang nak tau lebih lanjut sal contest ni sila la tekan SINI

So, untuk contest ni saya pilih gambar ni::



saya pilih gambar ni sebab ianya sangat cantik dan penuh makna di mata saya...

bagi saya gambar ni memberi penuh makna terutama bagi orang yang dah kawen ataupun bagi orang yang sedang mencipta angan-angan untuk kawen..
the best word to describe this picture is FULL HOUSE!!
bermula dari rasa cinta antara dua hati, semestinya akan diikat dengan ikatan pernikahan kan?? bermula di situ maka terbina lah satu mahligai yang dipenuhi rona2 kebahagiaan..

gambar ni boleh menunjukkan yang cik atau puan (sori xtau status sebenar) Chybeelila  ni dah pon kawen...dan sedang melalui saat2 bahagia bersama family tercinta... atau pun akan berkahwin tak lama lagi...

kesimpulannya, gambar ni menunjukkan suasana cinta dan kebahagiaan...

May 23, 2011

SEGMEN BLOGLIST ABGTEROR | TANAH TUMPAH DARAHKU

Abgteror cuba nak kumpulkan blogger2 mengikut negeri... 
best ni...jom join

kalau nak tau lebih lanjut sal segmen ni sila tekan kat banner oke...


1. Dimana anda dilahirkan?
dilahirkan di hospital daerah Machang, Kelantan

2. Dimana anda dibesarkan?
di Machang, Kelantan

3. Negeri pilihan anda untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist abgteror.
Kelantan

4. Ceritakan sedikit mengapa anda memilih negeri tersebut.
Sebab saya anak jati Kelantan... =)
'gomo klate gomo'

takziah buat keluarga mangsa tanah runtuh Hulu Langat


hari ni aku baca paper Metro sampai nanges2... 
sampai anak buah aku perasan and tegur "nape mak utek nanges??"
then aku yang tengah sebak cakap.. "xde la, mak uteh xnanges pon.."
tersentuh sangat baca pasal tragedi tanah runtuh ni..

sume mangsa budak2 baik...
semoga mereka semua ditempatkan bersama orang2 yang soleh di sana... 
takziah buat keluarga mangsa..

kepada mangsa yang masih dirawat, semoga cepat sembuh dan tabah la hadapi dugaan ni..
jangan putus asa sebab ni semua ujian dari Allah...

korang boleh baca berita penuh dekat sini

May 22, 2011

Giveaway Belog Nemomimosh

salam korang...korang tau tak sekarang ni Nemomimosh tengah anjurkan satu giveaway yang bermula pada 20 May and akan tamat pada 30 May 2011.. 
giveaway ni ditaja oleh Zeera Boutiquee

tekan banner ini untuk ke blog penganjur


Syarat penyertaan
1. Add as a friend Zeera Boutiquee di Facebook. (sebab diorang penaja. Kalau dah jadi friendlist tak payah add dah)
2. Sila buat satu entri mengenai giveaway ni dan tampal banner ni dalam entri tersebut. (Nak copy paste entri ni pon takpe asalkan uols kepochi kat belog uols)
3. Jangan lupa link kan sekali banner tu ke belog Nemomimosh.
4. Tag 3 orang kawan. Sila maklumkan kat diorang pasal uols tag diorang.
5. Dah selesai semua, sila tinggalkan komen dan penuhi maklumat yang diperlukan :
Nama kat Facebook : ________________(senang nak check uols dah add Zeera Boutiquee ke belum)
Link : ____________________________ (Link entri yang uols buat pasal giveaway ni)


so, korang rasa susah ke???senang je kan...
sekarang me zaa nak tag:::

"Giveaway ni diberikan berdasarkancabutan undi je nanti. So, siapa yang bertuah uols boleh pilih salah SATU sahaja daripada hadiah-hadiah di bawah ni. Best kan? Boleh pilih-pilih hadiah. Ececeh. Haha. So cepat-cepat join sebab kalau boleh shaye taknak buat giveaway ni lama-lama."
(by Nemomimosh)

so,kalau nak tengok2 or pilih2 giveaway tu sila tekan SINI

SUNSHINE SMILE CONTEST STARTS NOW!!!!

Seperti yang dijanjikan, SUNSHINE SMILE CONTEST akan bermula HARI INI iaitu pada 22 Mei, 2011. HADIAH UTAMA BERUPA POLAROID INSTAX MINI 7S beserta INSTAX MINI FILM yang bernilai RM600.

CONTEST APE NI?

Sunshine smile contest ini adalah contest SENYUMAN PALING CERIA. Apa yang anda perlu lakukan untuk join contest ini hanyalah baca dan ikut syarat-syarat yang tertera dibawah.
 Contest bermula pada 22 Mei 2011 dan tamat pada 1 Julai 2011. Keputusan akan diumumkan pada bulan July 2011

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Sila follow kedua-dua penaja di link berikut:

http://mynameismyname-ashraf.blogspot.com/

http://aarrghitsme.blogspot.com/

2. Copy dan post entry ini di blog anda dan attach gambar (SATU GAMBAR SAHAJA. GAMBAR ANDA YANG SEDANG SENYUM) yang ingin dipertandingkan.

3. Senyuman mesti CERIA!! Ikhlas atau tak ikhlas belakang cerite..

4. Sediakan ENTRY khas contest ni dan link kan kepada saya di comment box entry ni:

http://mynameismyname-ashraf.blogspot.com/2011/05/sunshine-smile-contest-starts-now.html

5. AJAK minimum 3 orang rakan anda untuk join contest ni dan tag entry khas mereka di bawah gambar anda (kalau rakan follower sikit, boleh dikecualikan)

6. Untuk keselamatan jika blogger.com buat hal, sila link kan entry khas contest anda di:

http://www.facebook.com/pages/Sunshine-Smile-Contest/211819135518018?sk=wall

MUDAH KAN? HARAP TEPATI SYARAT DAN NANTIKAN PELUANG UNTUK MENANG =)


So, gambar senyum yang saya pertaruhkan ialah:::


"Senyuman saya paling ceria sebab saya sangat gembira di hari konvokesyen selepas naik pentas terima sijil diploma"..


Berikut adalah rakan-rakan yang saya tag =)


May 21, 2011

yey! tukar banner baru lagi

ngeh3...aku memang tak de keje dah ni...
so ape lagi...tukar banner la kot!!

ni banner lame yang agak burok:::
tapi banner sekarang pon burok jugak kan3???

haha...sekarang dah boleh tidoq lena~~

ZzzZzZzzzZzzz...

May 20, 2011

STYLE YOURSELF CONTEST by PIKALURVE

ni dia PIKALURVE punye contest:::



and as a student, this is my style:::


simple kan???
but i really comfortable with this style!!
baju mesti match dengan tudung bawal and mesti pakai cardigan...
jeans and wedges wat sy rasa ranggi ^_^
student, mesti la pegang buku kat tangan...hihi

dan saya tag 3 rakan ranggi saya:::

and sy dah gtau diorang~

May 19, 2011

CONTEST FRIENDS FOREVER



Salam sume... nampak tak banner dan tajuk entri ni?? ShafMechy tgh anjur contest friends forever tau... hadiah lak memang best tajaan Droplet House .. kalau nak tau lebih lanjut sal contest ni sila klik kat banner kat atas ni ye...
zaa and korang sume leh join tau...

gambar yang zaa pilih adalah::



diorang sume ni kawan baik zaa tau...
kitorang satu kelas time diploma kat UiTM Machang dulu..
budak2 ni sume memang kecoh...tiap kali kelas memang huru hara dgn lawak masing2.. fun giler dlm kelas.. 
kitorang sume memang mesra sangat..

round campus same2,
makan lepas abis kelas same2,
lepak kat foodcourt petang2,
study untuk final exam same2,
p shopping same2 (wajib tiap sem),
and banyak lagi la..
 
gambar ni sgt bermakna bagi zaa..time ni kitorang seramai 22 orang wat family day kat Bukit Kluang yang bertarikh  
5 dgn 6 february 2010..
kitorang bermalam kat homestay..memang best gile detik waktu bersama korang...and aku xkan lupa sampai bila2..

sampai skrang kitorang still lagi berhubung dlm group kitorang kat fb..dah nak jumpa 2 mmg susah dah skrg sbb kitorang dah xsama campus lg and ade yang dah keje..

yang paling penting kitorang dah state reunion geng kitorang pada 16.6.2016 kat Dataran Helang, Langkawi dan wajib membawa pasangan atau family masing2..
i'allah reunion ni akan direalisasikan nanti...
i'm waiting for that moment..


i love u so much my friends!!!


so, berita gembira ni saya nak tag kepada tiga gadis ni :

and baju tajaan Droplet House yang zaa pilih ialah :::

zaa nak menang baju ni tau... =)


May 18, 2011

hari bersama budak

salam...ni nak memperkenalkan::


raja muhammad rafiq namanye...my anak buah yang entah ke berapa dh...
sori le gambo xcun..xdan nak edit..
sekarang ni budak ni dibawah kuasa aku...hahaha..

hari ni main ngan die je dari pagi sampai petang...
kemas bilik same2...
basuh kain same2...
masak same2...
makan pon same2...

budak ni nakal wo...
time aku elok tengok tv mesti die p off kan tv tu...
aku jadi geram kat pipi die yang tembam tu...
and mula la aku cubit2 kedua-dua belah pipi die tu...

dah la mata sepet...
24 jam mata tu mengantok...haha
oke ni wajah yang lebih dekat:


sepet kan mata die? mcm anak cina...
ni gambar lama....gambar terbaru xdan nak upload...

sekarang die lagi gemuk dari gambar ni woo...
umur baru 3 tahun tapi badan besar dan tinggi dari kanak-kanak lain yg sebaya...

tapi sekali demam maka isi-isi di pipi pun mula la surut
termasuk juga lemak2 yang ade di bahagian perut...

setakat ni alhamdulillah segar bugar..
hari2 makan nasik dgn telur kicap..huhu

sekarang ni rafiq dh tido...that's why aku leh on9 ni...kalau x jgn harap la...
oke la...ni je nak cite...
sebelum tu aku nak tunjuk satu lagi gambar

ni gambar tahun lepas... rafiq bersama ibu, mak uteh and cik la.. =)




May 17, 2011

dari s.alam akan ke Johor sebelum balik Kelantan

salam... 
lepas Maghrib tadi kitorang pegi pasar malam dekat syeksyen 17..
lepas beli makanan terus singgah stesen bas and belikan tiket bas untuk aku ke johor... 
ahad pagi nanti aku bertolak ke pasir gudang umah kakak sulong..

cuti 4 bulan ni aku xtau nak pegi mane...
akak2 lak duk suh aku jadi baby sitter..huhu..
aku ingat nak keje..
jadi cikgu ganti ke keje kilang ke kat johor...

tapi banyak lak halangan...cikgu ganti dah xde sekarang..
dengar2 kerajaan xde duit nak bayar guru ganti...betol ke??

nak kerja kilang lak xde kawan...
takut gak xde teman..

jawabnye jadi babysitter betol la aku kali ni..

oke stakat ni je la dulu...tetiba ase lapo..
teringat kat mee sup yang beli kat pasar malam tadi...
ade sebungkus lagi..yuhuu...yiihaaa..

gambar hiasan

byeeeee~

May 16, 2011

banner baru yang tidak cantek

buruk kan banner baru??
silap pilih frame...
tambah lak xpandai edit...

banner lame pon buruk gak...waaaa...
xpandai edit2... huhu

ni banner lame:


nanti nak tukar banner lg...yey

memotong kuku mengikut sunnah Nabi

hari ni aku nak kongsi cara-cara memotong kuku mengikut sunnah Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W. kadang-kadang kita main potong je kuku x kira masa kan.. tapi sebaik-baiknya potong lah kuku sama ada pada hari isnin, khamis atau jumaat.. hari selain yang disebut sebenarnya tidak digalakkan sangat..



mengikut tertib dengan betul ..


then..
gunakan pemotong kuku yang tajam


itu je sunnah untuk hari ini... 
insyaAllah kalau ade yang lain nanti aku kongsi lagi oke..
oke bye~

May 15, 2011

CUN !

salam..selamat pagi...
nak tanya ni...jwb secara jujur yek kat dalam hati tu...
cun x minah ni??


oooo minah ni...
weeekkkkk hakktuiiii!!!
pasan nye ~


haha......gatai kan...xde lah ...xde kaitan dgn aku pon..cume nak gtau je...
semalam aku tengok cite ni


memang bez gile...
memang CUN lah jalan cite die...
pelakon pon bez2....memang xrugi langsung aku tengok...

kandungan cite ni memang mantop...
lawak ade..
sedeh ade...

dipendekkan cite memang bez la....
dari awal sampai akhir aku enjoy...
salu kalau filem melayu aku xminat sangat..
tp cite ni aku minat derr...haha

aduih... bersungguh-sungguh betol aku promote cite ni...
macam la leh dapat duit..haha

part yang paling bez and sedeh masa ni

watak yang baju putih ni budak terencat nama die manis...
part yang dalam gambar ni die tengah majuk dgn si remy 2 sbb kena mrh kt remy...

arghh... malas aku nak cite...korang tengok la sendiri yep...haha
sape yang belom tengok tu pandai2 la cari jalan...
langgan kat astro first ke, p pawagam ke (klu masih ade kt pawagam la)...
yang pasti dalam laptop aku ade cite ni...haha...

oke guys...bye...

KLCC dengan sawah padi mana mungkin dapat bersatu...
tp dalam cite cun ni dapat jek~haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...