Oct 29, 2011

berhenti menangis!!!





~✿..Jika kamu MENANGIS kerana lelaki, berhenti dan cuba FIKIR kembali..adakah sebenarnya cinta dia yang kamu cari atau cintaNya? Adakah yang bertapak di hatimu betul-betul cinta sejati atau hanya kerana dia keluarkan KATA-KATA MANIS? Benda manis pun ada tarikh luputnya tahu? Adakah insan seperti ini yang kamu rasa boleh MEMIMPIN kamu kelak? Boleh pandu BAHTERA keluargamu ke arah REDHANYA? Boleh MEYAYANGI kamu sepenuh hati, terima seadanya CACAT CELA? ✿~


>>> Kesat air mata itu..sesungguhnya harga dirimu LEBIH PENTING, sesungguhnya harga AIR MATAMU lebih BERNILAI..lebih BERHARGA jika dibazirkan untuk lelaki itu..BERSABARLAH, berhenti menangis, berhenti berharap pada yang tidak pasti..YAKIN dengan JANJI Allah..orang yang baik adalah untuk orang yang baik-baik dan kamu LAYAK untuk orang yang LEBIH BAIK..(✿◠‿◠)


credit to: Lelaki Soleh Idaman Wanita Solehah 

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"


"Oh.... itu Kaabah at...au nama lainnya Baitullah"


"Baitullah tu apa?" ...


"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"


"Allah ada dalam tu?"


"Tak....."


"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"


"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."


"Kamu sembah apa?"


"Saya sembah Allah swt"


"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"


"Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."


"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."


"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"


"Pernah...... selalu.."


"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"


"Tengok perlawanan bola la.."


"Di mana?"


"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."


Credit to: 
http://hanyapadailahi.blogspot.com

Oct 24, 2011


Q : Ustaz, kenape ye hati perempuan ni kadang² tiba² je rasa sedih tanpa sebab.Ada orang kata syaitan yang ganggu!. Ada petua tak untuk elakkan hati kita ni sedih? Kadang² bila bangun pagi rasa sedih, kadang² rasa macam rindu tapi tak tau rindu pada siapa..


A : (Ustaz Azhar Idrus) : PERKARA BIASA. HATI PEREMPUAN MEMANG HALUS, HANYA LELAKI SEJATI YANG MAMPU MENJADI PENAWAR... :-)


copy and paste from:: Ustaz Azhar Idrus (original)





Oct 14, 2011

Aku Perlukan BantuanMu Ya Allah....


Assalamualaikum ... lama rasanya zaa tak buat entry kan... kesibukan menunaikan tanggungjawab sebagai seorang student buat zaa tak sempat untuk menukil rasa hati kat sini...

berita terkini sal zaa... laptop milik zaa rosak... rasa kecewa dan sedeh sangat.. rosak lak sebab kecuaian diri sendiri...  nak beli baru, duit loan pun tinggal cukup2 makan untuk sem ni... keja lak banyak nk kena pakai laptop.. =(

zaa pasti... Allah sedang menguji....

sekarang rasa down sangat-sangat... tak ade semangat nak blajar dah.. tp zaa tau zaa kena stay kat sini... zaa kena bahagiakan ma dengan segulung ijazah time konvo nanti.... zaa kena kerja dan hantar duit untuk ma.. walaupun ma bukan lah kaki shopping... walaupun zaa tau ma tak guna banyak duit pon untuk belanja dapur setiap bulan... tapi atas rasa tanggungjawab... zaa nak bahagiakan ma dengan cara tu...

Semoga Allah membantu... Sesungguhnya hanya padaMU aku memohon pertolongan... Ringankanlah bebanku jiwa dan resah hatiku Ya Allah... kuatkanlah semangatku.....


hanya padaMu aku memohon....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...