Oct 29, 2011

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"


"Oh.... itu Kaabah at...au nama lainnya Baitullah"


"Baitullah tu apa?" ...


"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"


"Allah ada dalam tu?"


"Tak....."


"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"


"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."


"Kamu sembah apa?"


"Saya sembah Allah swt"


"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"


"Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."


"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."


"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"


"Pernah...... selalu.."


"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"


"Tengok perlawanan bola la.."


"Di mana?"


"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."


Credit to: 
http://hanyapadailahi.blogspot.com

4 comments:

  1. secara mudahnya zaa....org islam memuliakan kaabah kerana ia perintah Allah. kaaabah juga di bina di atas perintah Allah kpd nabi ibrahim a.s. merupakan binaan pertama manusia utk tujuan ibadat kpd Allah Taala. wallahua'lam

    ReplyDelete
  2. ye... semuanye atas perintah Allah... semuanya atas redha Allah...

    ReplyDelete
  3. arguement yang bagus.

    Kaabah tu sebagai satu arah untuk semua orang islam tuju. kalau tak ada satu arah yang sama, nanti setiap orang akan sembah macam2 arah. tak best kan macamtu. kalau tak ada kaabah, celah mana nak datangnya haji n umrah. takkan sorang nak buat kat terengganu, sorang wat haji kat zimbabwe.

    halusnya cara Allah menyatukan hamba2. Tapi analogy kat atas ni memang cantik.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah... ni salah satu dahwah utk non muslim supaya mereka boleh tertarik dengan Islam...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...