Dec 31, 2011

Ucapan Untuk Semua Blogger~


YANG BAIK KITA JADIKAN TELADAN
YANG BURUK KITA JADIKAN SEMPADAN

USIA SEMAKIN MENGINJAK
BAWAK-BAWAKLAH BERTAUBAT

SEMOGA HARI ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI

KALAU ADA SUMUR DI LADANG
BOLEH KITA MENUMPANG MANDI
KALAU ADA UMUR YANG PANJANG
BOLEH KITA BERJUMPA LAGI


SELAMAT TAHUN BARU MASIHI 2012 !!!


Dec 30, 2011

KEDUDUKAN SEORANG IBU DISISI ALLAH

Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:

“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ayah kamu.”[1]


Seorang sahabat bernama Jahimah radhiallahu 'anh datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallammeminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad.

Rasulullah bertanya:Adakah kamu masih mempunyai ibu?

Jahimah menjawab:Ya.

Lalu Rasulullah bersabda:
“Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.”[2]


Di antara ibu dan ayah, ibulah yang lebih berhak untuk menerima perhatian daripada seorang anak. Tidak sekadar itu, ibu memiliki hak tiga kali ganda lebih besar daripada seorang ayah sepertimana terbukti melalui hadis di atas. Syurga juga terletak di bawah kaki ibu, sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis kedua di atas. Selain itu Allah Subhanahu wa Ta‘ala juga telah mengkhususkan beberapa ayat-Nya di dalam al-Qur’an untuk ibu. Ini tidak lain menunjukkan betapa besar dan mulia kedudukan ibu di sisi Allah dalam peranannya melahirkan anak dan membesarkannya.[3] Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. [al-Ahqaf 46:15]


Terdapat beberapa sebab mengapa ibu memiliki hak tiga kali ganda lebih besar daripada seorang ayah:

  1. Ibu terpaksa menanggung pelbagai kesusahan, sama ada dari sudut fizikal mahupun mental, dalam proses mengandung seorang anak. Allah mengkhabarkan kesusahan ini dengan firman-Nya yang bermaksud: …ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah…” [al-Ahqaf 46:15]
  2. Kesusahan ketika mengandung semakin bertambah selari dengan pembesaran janin. Kesusahan yang semakin bertambah mengakibatkan seorang ibu menanggung kelemahan demi kelemahan: …ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan…
  3. Kesusahan ini mencapai tahap paling berat ketika hendak melahirkan anak tersebut: …dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Kesusahan ini diungkap oleh Allah dalam kisah Maryam ketika beliau hendak melahirkan ‘Isa:
(Ketika dia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); dia berkata: “Alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!” [Maryam 19:23]


Berkenaan kesusahan yang amat berat saat hendak melahirkan, Abi Burdah radhiallahu 'anh pernah melihat Ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma dan seorang lelaki dari Yaman sedang tawaf di sekeliling Ka’bah.

Lelaki tersebut sedang mendukung ibunya lalu mengeluh:Saya baginya bagaikan tunggangan yang hina.

Lalu dia bertanya:Wahai Ibn ‘Umar! Apakah sudah aku balas budinya?

Ibn ‘Umar menjawab:Tidak! Walaupun setarik nafasnya (yakni ketika ibunya sedang melahirkannya).[4]

  4.   Setelah melahirkan, ibu benar-benar memberi perhatian kepada anaknya. Seandainya anaknya tidak
sihat atau hilang sekejap daripada perhatiannya, nescaya dia menjadi bimbang. Apatah lagi jika anaknya dijauhkan daripadanya, seorang ibu akan teramat berdukacita sehingga hatinya menjadi kosong, sehinggalah anaknya dikembalikan kepadanya.

Kenalilah perhatian seorang ibu terhadap anaknya berdasarkan kisah berikut daripada al-Qur’an, ketika Allah Subhanahu wa Ta‘ala memerintah ibu Musa untuk menghanyutkan anaknya (Musa) agar dia (Musa) tidak ditangkap dan dibunuh oleh Fir’aun:

Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa: “Susukanlah dia; dalam pada itu jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan)
lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang daripada Rasul-rasul Kami.

Setelah itu dia (Musa) dipungut oleh orang-orang Firaun; kesudahannya dia akan menjadi musuh
dan menyebabkan dukacita bagi mereka; sesungguhnya Firaun dan Haman serta orang-orangnya
adalah golongan yang bersalah.

Dan (ketika melihat kanak-kanak itu) berkatalah isteri Fir’aun:
“(Semoga dia menjadi) cahaya mata bagiku dan bagimu; janganlah kamu membunuhnya;
mudah-mudahan dia berguna kepada kita atau kita jadikan dia anak.”
Padahal mereka tidak menyedari (kesudahannya).

Dan (sepeninggalannya) menjadilah hati ibu Musa kosong; sesungguhnya dia nyaris-nyaris menyatakan perihal anaknya itu dengan berterus-terang jika tidaklah Kami kuatkan hatinya (dengan perasaan sabar dan tenang tenteram), supaya tetaplah dia dari orang-orang yang percaya (akan janji Allah).

Dan berkatalah dia kepada kakak Musa:
“Pergilah cari khabar beritanya.” (Maka pergilah dia) lalu dilihatnya dari jauh
sedang orang ramai tidak menyedarinya.

Dan Kami jadikan dia (Musa) dari mulanya enggan menyusu kepada perempuan-perempuan yang hendak menyusukannya; (melihatkan halnya itu), kakaknya berkata (kepada isteri Fir’aun):
“Mahukah aku tunjukkan kamu kepada penduduk sebuah rumah yang dapat memeliharanya untuk kamu, serta mereka tulus ikhlas kepadanya?”

Maka (dengan jalan itu) Kami kembalikan dia kepada ibunya supaya tenang tenteram hatinya dan tidak berdukacita (disebabkan bercerai dengannya); dan supaya dia mengetahui bahawa janji Allah (untuk menyelamatkannya) adalah benar; akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (yang demikian itu).
[Maksud surah al-Qasas 28:7-13]

  5.   Sekalipun dengan segala pengorbanan ibu daripada saat   mengandung hinggalah kepada membesarkan,
seorang anak lazimnya akan lebih cenderung untuk meremehkan ibunya berbanding ayahnya. Faktor penyebab adalah sama ketika menjelaskan bab sebelum ini berkenaan mengapa ibu dikhususkan daripada ayah dalam larangan menderhaka. Sifat kewanitaan seorang ibu yang lemah lembut dan peranannya yang “hanya di rumah” menyebabkan sebahagian anak-anak tidak menghormati ibu mereka dan justeru melecehkan tuntutan berbuat baik kepadanya.

Lima sebab di atas, paling kurang, menjelaskan mengapa Allah dan Rasul-Nya mengkhususkan seorang ibu di atas seorang ayah. Malah hadis yang asal dalam perbincangan ini memberi hak tiga kali ganda lebih besar kepada seorang ibu berbanding seorang ayah. Oleh itu dalam rangka berbuat baik kepada ibubapa, hendaklah kita memberi perhatian dan keutamaan kepada ibu.

Mengambil iktibar daripada kisah para sahabat Rasulullah, seorang lelaki pernah bertanya kepada Ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma, Saya meminang seorang wanita tetapi dia menolak pinangan aku. Setelah itu datang orang lain meminangnya lalu dia menerimanya. Saya menjadi cemburu kepadanya dan saya membunuhnya. Apakah ada taubat untuk saya?

Ibn ‘Abbas bertanya:Apakah ibu kamu masih hidup?

Dia menjawab:Tidak.”

Ibn ‘Abbas berkata:Bertaubatlah kepada Allah dan mendekatlah kepada-Nya semampu mungkin.

Atha’ bin Yasar (yang hadir sama saat itu) bertanya kepada Ibn ‘Abbas: Mengapa engkau bertanya kepada lelaki tersebut sama ada ibunya masih hidup?

Ibn ‘Abbas menjawab:Saya tidak tahu perbuatan yang paling mendekatkan (seseorang) kepada AllahSubhanahu wa Ta'ala melainkan berbakti kepada ibu.[5]

REFERENCES:
[1] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 5971 (Kitab al-Adab, Bab siapakah manusia yang paling berhak untuk dilayan dengan baik).
[2]  Hasan Sahih: Dikeluarkan oleh al-Nasai dan dinilai hasan sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Nasai – hadis no: 3104 (Kitab al-Jihad, Bab kelonggaran daripada berperang bagi orang yang memiliki ibu).
[3] Sayang sekali kebanyakan wanita sekarang ini tidak lagi memandang mulia terhadap peranan mereka untuk melahir dan membesarkan anak. Apa yang dipandang mulia oleh Allah kini dipandang hina oleh manusia. Semua ini berlaku kerana manusia kini mengejar kemuliaan mengikut ukuran mereka sendiri. Mereka tidak sedar bahawa apa yang dianggap mulia oleh sebahagian manusia dianggap hina oleh manusia yang lain. Apa yang dianggap mulia pada masa kini akan menjadi hina pada masa akan datang. Ringkasnya, kemuliaan mengikut ukuran manusia sentiasa bersifat nisbi manakala kemuliaan mengikut ukuran Allah sentiasa bersifat hakiki.
[4] Sanad Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dan sanadnya dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih al-Adab al-Mufrad – hadis no: 9.
[5] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad – hadis no: 4 dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah – hadis no: 2799



COPY PASTE FROM:::
http://hafizfirdaus.com/ebook/Ayah_Ibu/ibubapa%20sunnah%203.htm


sayang ma sangat-sangat 

Dec 29, 2011

netlog

Salam..


Sape ade NETLOG??


Add la saya kat SINI!!


okbai!



Dec 26, 2011

SEGMEN : BLOGWALKING SAMBIL MEMFOLLOW :)


Assalamualaikum...

Memandangkan zaa sangat2 tak aktif berblogging sekarang ni, sampai rasa macam diri ni seperti katak di bawah tempurong, so zaa nak join la segmen nih... sekurang-kurangnya leh gak nanti zaa blogwalking and say hello to other blogger ...jom join segmen PUTWAA ni...


Selamat ber blogwalking  =))

Dec 19, 2011

final exam dah dekat....


Assalamualaikum sahabat blogger sekalian... lama dah rasanya zaa tak update blog nieh.. nak kate sibuk dengan keje tak jugak... online je memanjang... kekeringan idea + malas la kot faktor utama nye kot...ade jugak kot kot nih ye...huhu...

sekarang ni zaa dalam mood risau tau... final exam dah dekat... jadual lak memang menakutkan... xcaya? tengok nih ha...


Ngeri tak? arghhhh tak sanggup rasanya nak menghadapi exam kali nih!! bila musim final exam tiba,mesti igt balik time zaman diploma dulu... teringat lak kat kawan-kawan yang bersama-sama bertarung nyawa study tak ingat dunia... zaa sorang je study yang masih ingat dunia...haha..

ingat lagi masa part 4 diploma... kitorang satu kelas study untuk subjek Business Law.. then classmate kitorang yang the best  iaitu SAHIR la yang jadi tenaga pengajar... Alhamdulillah subjek tu zaa lulus dengan tak berapa jayanya...tapi alhamdulillah jugak la sebab lulus...

Then teman yang paling setia setiap kali final exam adalah kak Jihan and Jiniey..kitorang bertiga banyak study same-same setiap kali final...paling takley blah, study kat tangga kolej.. berselerak je tangga tuh sampai orang nak lalu pon susah...haha... bestnye kenangan study same-same dulu...

degree ni dah sume berpecah... masing-masing bawak haluan sendiri...amek course laen-laen.. naseb baik la masih satu course dan sekelas dengan Jiniey... sem-sem lepas pon kitorang study same-same kat sini... kitorang berdua je... tak lagi meriah macam dulu... 

pape pon, zaa nak target tinggi sem nih... insyaAllah zaa akan wat yang terbaik... wish me luck ye.... 



Nov 27, 2011

5 UBAT UNTUK PENYAKIT HATI


1) Membaca Al-Quran dan hayati isi kandungannya

2) Mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa

3) Bangun (beribadat) di waktu malam

4) Menghampirkan diri kepada Allah (beribadat) di sepertiga
    malam

5) Sentiasa bersama-sama didalam majlis orang-orang yang
    soleh


Nov 26, 2011

mari belajar bercakap dalam bahasa kelantan (maghi blaja kecek dale bahaso klate) # 2


Assalamualaikum kawan....hari nih zaa ade sedikit masa yang terluang ditambah dengan mood yang agak baik untuk buat entry belajar bahasa kelantan...

sebelum tu, zaa nak ajak kawan2 imbas dulu entry blaja bahasa kelantan yang zaa dah buat sebelum ni... so that korang leh blaja basic bahasa Kelantan.. jom ke SINI

seperti yang dah zaa janjikan, zaa nk buat dialog supaya kawan2 lebih faham... hari ni zaa kongsi satu dialog je dulu oke.. jom kita blaja:

Mokteh: Banjir besa ko kito tahon ni..
             (banjir besar ke tahun ni?
Pokteh: tok leh nok jako tu.. Kalu banjir besa gak,rusingnyo la ambo.
             (itu tak leh dijangka.. kalau banjir besar, risaunye la saya.
Mokteh: Rusing ko ggapo? bare2 sipe siap blako doh.
             (risau pasal ape? barang2 dah siap simpan semua)
Pokteh: Ambo rusing ko kambey la,nok gi tambat mano ai mmenuh gak.
             (saya risau kat kambing la, nak pegi ikat kat mane la kalau air dah             penuh)
Mokteh: Rusing ko kambey jah..?? Ko ambo x rusing..?
             (risau kat kambing je? kat  saya tak risau?)
Pokteh: Demo takpo,panda jago diri.. 
             (awak tak ape, pandai jaga diri..)
Mokteh: (dumm.. Katup pitu bilik,x wi Pokteh masuk)
             (dumm... tutup pintu bilik, tak bagi pakteh masuk)


ni je la contoh dialog yang dapat zaa bagi...tu pon ciplak dari page Suko Kecek Kelate


Nov 22, 2011


Apabila BERTEMAN; jangan mengharapkan KEISTIMEWAANNYA,
Kerana engkau mungkin MEMBENCI tatkala ketemu KELEMAHANNYA..
Apabila BERKAWAN; jangan mengimpikan KESEMPURNAANNYA,
Kerana engkau mungkin MENCELA andai terlihat KECACATANNYA..
Apabila BERSAHABAT; jangan bersandarkan HARTA MILIKANNYA,
Kerana engkau mungkin MENGHINDAR tatkala dia dihimpit KEMISKINAN..

Tetapi BERUKHWAHLAH KERANA ALLAH SWT..
Nescaya akan lahir PERSAHABATAN yang TULUS..
Yang dengannya akan saling BERKONGSI KENIKMATAN,..
Yang dengannya akan saling MENDOKONG KESULITAN..
Yang dengannya akan saling MENASIHATI kepada KEBAIKAN..
Yang dengannya akan saling MELENGKAPI tiap-tiap KEKURANGAN dengan KELEBIHAN yang dimiliki.. DEMI MENDAMBAKAN REDHA ILAHI..!

InsyaALLAH..(◕‿◕)..Barakallahufikum..!





Nov 16, 2011

Nov 1, 2011

Wordless Wednesday # 6 [damai]

Pantai Sri Tujuh, Kelantan

Pantai Irama, Kelantan

Pantai Sri Tujuh, Kelantan

Bukit Kluang, Terengganu

Pantai Sri Tujuh

Credit to::: Google

Oct 29, 2011

berhenti menangis!!!





~✿..Jika kamu MENANGIS kerana lelaki, berhenti dan cuba FIKIR kembali..adakah sebenarnya cinta dia yang kamu cari atau cintaNya? Adakah yang bertapak di hatimu betul-betul cinta sejati atau hanya kerana dia keluarkan KATA-KATA MANIS? Benda manis pun ada tarikh luputnya tahu? Adakah insan seperti ini yang kamu rasa boleh MEMIMPIN kamu kelak? Boleh pandu BAHTERA keluargamu ke arah REDHANYA? Boleh MEYAYANGI kamu sepenuh hati, terima seadanya CACAT CELA? ✿~


>>> Kesat air mata itu..sesungguhnya harga dirimu LEBIH PENTING, sesungguhnya harga AIR MATAMU lebih BERNILAI..lebih BERHARGA jika dibazirkan untuk lelaki itu..BERSABARLAH, berhenti menangis, berhenti berharap pada yang tidak pasti..YAKIN dengan JANJI Allah..orang yang baik adalah untuk orang yang baik-baik dan kamu LAYAK untuk orang yang LEBIH BAIK..(✿◠‿◠)


credit to: Lelaki Soleh Idaman Wanita Solehah 

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"


"Oh.... itu Kaabah at...au nama lainnya Baitullah"


"Baitullah tu apa?" ...


"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"


"Allah ada dalam tu?"


"Tak....."


"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"


"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."


"Kamu sembah apa?"


"Saya sembah Allah swt"


"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"


"Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."


"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."


"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"


"Pernah...... selalu.."


"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"


"Tengok perlawanan bola la.."


"Di mana?"


"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."


Credit to: 
http://hanyapadailahi.blogspot.com

Oct 24, 2011


Q : Ustaz, kenape ye hati perempuan ni kadang² tiba² je rasa sedih tanpa sebab.Ada orang kata syaitan yang ganggu!. Ada petua tak untuk elakkan hati kita ni sedih? Kadang² bila bangun pagi rasa sedih, kadang² rasa macam rindu tapi tak tau rindu pada siapa..


A : (Ustaz Azhar Idrus) : PERKARA BIASA. HATI PEREMPUAN MEMANG HALUS, HANYA LELAKI SEJATI YANG MAMPU MENJADI PENAWAR... :-)


copy and paste from:: Ustaz Azhar Idrus (original)





Oct 14, 2011

Aku Perlukan BantuanMu Ya Allah....


Assalamualaikum ... lama rasanya zaa tak buat entry kan... kesibukan menunaikan tanggungjawab sebagai seorang student buat zaa tak sempat untuk menukil rasa hati kat sini...

berita terkini sal zaa... laptop milik zaa rosak... rasa kecewa dan sedeh sangat.. rosak lak sebab kecuaian diri sendiri...  nak beli baru, duit loan pun tinggal cukup2 makan untuk sem ni... keja lak banyak nk kena pakai laptop.. =(

zaa pasti... Allah sedang menguji....

sekarang rasa down sangat-sangat... tak ade semangat nak blajar dah.. tp zaa tau zaa kena stay kat sini... zaa kena bahagiakan ma dengan segulung ijazah time konvo nanti.... zaa kena kerja dan hantar duit untuk ma.. walaupun ma bukan lah kaki shopping... walaupun zaa tau ma tak guna banyak duit pon untuk belanja dapur setiap bulan... tapi atas rasa tanggungjawab... zaa nak bahagiakan ma dengan cara tu...

Semoga Allah membantu... Sesungguhnya hanya padaMU aku memohon pertolongan... Ringankanlah bebanku jiwa dan resah hatiku Ya Allah... kuatkanlah semangatku.....


hanya padaMu aku memohon....

Sep 27, 2011

Segmen | Jom tambah follower


jom join segmen ni dan tambahkan follower~

P/S:: cepat2 sebelum jumaat ni pukul 3 ptg..

Sep 9, 2011

Saya gembira di majlis perkahwinan die~~


assalamualaikum... lame sgt dh zaa tak update blog kan...
sekarang di saat nih zaa dapat online tanpa pape masalah lagi... yey..raya tahun ni zaa agak sibuk sebenarnye... dengan masalah laptop and bb lagi... sebab tu la lama sangat dah tak dapat online..

So sekarang zaa nak cite sal kenangan pegi majlis kawen kawan zaa... gniey namanye.. kawan se UiTM Machang n sekarang kawan sekelas di UiTM Shah Alam.. zaa gembira sangat sebab kawan zaa sorang nih dah selamat diijab kabulkan pada 2 september lepas.. zaa pegi ke majlis bersanding kat rumah die di rantau panjang pada 3 september lepas... ni la antara kenangan masa kat majlis beliau::

dari kiri:: breep, siti, en.fandi, gniey, zaa n kak nina


oh sangat terpegun tengok gniey pakai gaun... macam princess~


die sangat comel kan?? hehe...


majlis bertandang pon zaa ikut gak..  siap jadi pengapit segera lagi... hehe... pegang payung lak tu... tak sesuai dengan ketinggian langsung...majlis bertandang ni pulak bertarikh 9 september di Bukit Bunga... jom usha gambar lagi:::



pengantin tengah makan pon nak interframe..adoih!

ye, saya sangat bahagia di hari bahagia kawan saya~ 
tQ sudi baca entry ni... =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...