Apr 28, 2012

Segmen Bloglist | Daku Amat Menyintai Mu

Daku Mahu Sertai Segmen Bloglist | Daku Amat Menyintai Mu

1 - Mesti follow blog Daku Amat Menyintai Mu dan LIKE fanpagenya. 

2 - Buat entry mudah yang bertajuk : Segmen Bloglist | Daku Amat Menyintai Mu 

3 - Copy paste banner segmen di atas dan dilink kan ke entry segmen berkenaan. 

4 - Kemudian buat tajuk kecil di bawah banner (seperti yang anda lihat di Entry ini) yang bertajuk "Daku Mahu Sertai Segmen Bloglist | Daku Amat Menyintai Mu" 

5 - Tag 1 rakan blogger lain (kalau nak tag lebih lagi awesome). 

6 - Kalau dah siap link kan Entry anda di kotak komen di Entry. 

Klik banner untuk langsung ke link segmen. 

Setiap link blog yang menyertai akan dimasukkan ke dalam senaraiBloglist Daku Amat Mencintaimu untuk menjadi rakan blogger.

zaa mahu tag: tatatyra!

Apr 26, 2012

kerjaya SAMPINGAN!

BISMILLAHHIRRAHMAANIRRAHIMM...

Selamat menikmati rehat di waktu malam ye kawan-kawan blogger...

Sedang enak berehat malam ni tetiba kepala sibuk memikirkan thesis... kacau daun je thesis nih! malam nih sebelum membusykan diri dengan thesis dan sebagainya, zaa nak conteng2 kat sini dulu...

Lately zaa dapat banyak tempahan... TEMPAHAN??? ye TEMPAHAN la!.. korang sepatutnya tau dari dulu lagi yang zaa ade skill buat kek coklat dengan puding triffle.... haaa... macam tak caya kan??? zaa baru je reti masak dua jenis makanan menggemokkan ni.. tak sangka la pulak sampai ade orang tempah bagai...


Ye,memang diakui zaa tak pandai masak benda laen... dua benda ni je aku reti buat... jadi, korang tak payah bangga sangat la dengan kemahiran yang aku ade nih...haha!! ... jum usha hasil air tangan zaa ye my friends::: 

nampak moist kan kek coklat ni?? ni zaa simpan untok korang! hehe

Lepas tengok gambar puding triffle ni, zaa nak korang pejam mata sambil bayangkan suasana sewaktu cuaca panas terik... sampai je di rumah dengan badan penat dan berpeluh kehausan.. bila korang buka peti ais dan terlihat ada semangkuk besar puding triffle yang sangat sejuk dan enak!! bila korang duduk dan bersedia untuk menyuap sesudu puding triffle tersebut, zaa datang lalu merampasnya tanpa sempat korang makan... hahahahah.... kasihannn...... 

jangan mara ye... gurau je tu... hehe... okeh selamat menjamu entry zaa yang lemak berkrim disukai ramai dengan kek & puding untuk kali ni...hehe.. sekian wassalam... =)

p/s::: korang tak nak tempah ke?? =P

Apr 23, 2012

Old School~


muka budak-budak.. time diploma part 3.. xkan kembali ke zaman nih lagi...uhuuu...
miss both of u!

Apr 22, 2012

IKUTLAH SUNNAH # Minum dan Makan Sambil Duduk

BISMILLAH...


MENGAPA RASULULLAH SAW MELARANG MINUM SAMBIL BERDIRI?



Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”.




---Dari segi kesihatan----

Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfringer.

Sfringer adalah suatu struktur muskular (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.

Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal.

Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi.

Terus menuju kandungan air kencing.

Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter).

Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana.

Benar, penyakit kristal ginjal.

Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.

Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi.

Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: "Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri".

Qatadah berkata, "Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk."

Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat.

Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan keras.

Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan.

Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan.

Manusia pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna.

Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan minum.

Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, di mana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat.

Makanan dan minuman yang dimakan pada masa berdiri, boleh memberi kesan pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi usus.

Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan pengsan atau mati mendadak.

Begitu pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus sangat membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut.

Para doktor melihat bahawa luka pada perut 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa berlaku perlanggaran makanan atau minuman yang masuk.

Sebagaimana keadaan keseimbangan pada masa berdiri disertai pengecutan otot pada kerongkong yang menghalang jalannya makanan ke usus secara mudah, dan kadang-kadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa selesa semasa makan dan minum.

Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata:

"Lihatlah orang itu duduk seperti budak."

Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: "Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak."

Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan.

Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya,

"Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan"
(HR Bukhari).

Subhanallah, setiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bagi umatnya!


Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIR MASAK

>Minum 2 gelas air setelah bangun tidur – Dapat membersihkan organ-organ internal.

>Minum segelas air 30 minit sebelum makan -Dapat membantu fungsi seluruh pencernaan dan ginjal.

>Minum segelas air sebelum mandi -Dapat menurunkan tekanan darah.

>Minum segelas air sebelum tidur -Dapat mencegah stroke dan serangan jantung.

INGAT -----> AIR MASAK...yakni air yang terlebih dahulu dimasak, telah menggelegak kemudian disejukkan......juga dipanggil air jarang....

“Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman,dan yang beramal soleh dan yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan yang berpesan-pesan kepada kesabaran”.

~Surah Al-’Asr.

Subhanallah! Banyak sebenarnya kelebihan minum air secara duduk yang kita sendiri pun tidak tahu.

Rasulullah SAW sendiri yang mengajar kita cara minum dengan baik tanpa berdiri.

Begitu juga...kita dilarang MAKAN BERDIRI....apatah lagi SAMBIL BERJALAN!!!!!

Indahnya Islam jika penuh dengan adab.



copypaste UNTUK MANFAAT BERSAMA from::: Adam & Hawa

TAZKIRAH:::Sanggul Tinggi Penghalang Bau Syurga!

Bismillah....



Wanita Bertudung Dengan Sanggul 'Bonggol Unta' Tidak Akan Mencium Bau Syurga...

Hadis Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud :

"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)


Saudara-saudara wanitaku... marilah kita sama-sama jauhi larangan ini... sama-samalah kita renungkan dan menuju ke arah kebaikan... 

copypaste UNTUK MANFAAT BERSAMA from:: facebook !

Apr 21, 2012

auuucakkkkk!! zaa kembali lagi! =)

Bismillah..

wahhh, lame gila dah zaa tak update entry kan... dah berapa bulan dah... rasa malas dah nak update lagi bila dah lama tak jenguk.. bersawan sakan dah blog neh... tapi nasib baik lah masih ada kawan blogger yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dekat zaa supaya kembali aktif berblogging. korang nak tau sape?? sape lagi kalau bukan Ayie Abas tuan blog PGGP tu... thanks a lot Ayie...


korang masih ingat entry zaa masa tengah sibuk dengan final exam bulan Januari  yang lepas? jum baca kat SINI..  kalau korang nak tau, result final exam hari tu dah pun kuar... tahu bape sen aku dapat?? sobs... malas nak cite...=( padan la dengan malas aku tu kan... padan muka!



ok guys... sebenarnye zaa sekarang ni dah final year.. dah semester akhir pon... sem akhir ni best sangat-sangat sebab sekarang zaa tengah praktikal atau latihan industri dekat Bank Simpanan Nasional (BSN). best sebab dah tak payah lagi masuk kelas dan belajar sambil tersengguk-sengguk... rasa macam bukan student lagi dah...haha...yang paling bestnya praktikal di BSN ni zaa keje kat Unit Penyiasatan.. best woo menyiasat... dah macam ala2 CSI lagi...haha.. alhamdulillah dah banyak jugak kes yang zaa berjaya settlekan.. rasa seronok sangat keje dari masuk kelas belajar sambil tido buat peta kat dalam kuliah..keje mmg ohsem walaupun tanggungjawab dan komitmen lagi berat dari belajar... 



ok tu je la dulu untuk malam ni ye.... sekarang ni zaa da ngantok... tapi sebelum tido zaa mahu buat thesis dulu... oh thesis!! sekarang zaa tengah pening pikirkan hal thesis ni... cepat2 la habis sem ni...huhu... sebelum mem-blah-kan diri, zaa nak tempek gambar dekat sini sebab zaa tau korang rindu nak tengok zaa kan... hehe... perahsan sudah! tata titi tutu.... ^_^



lots of love~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...